1) SYARIFAH SYAFIRA BINTI SYED MOHD SAIFUDDIN - 19DPM18F2002
2) NUR AZREEN ILLYANA BINTI MOHD ZAIPULBAHRI - 19DPM18F2006
3) WARDAH AFIFAH BINTI ZAIMI - 19DPM18F2024
4) ANIS AFIQAH BINTI MUHAMAD YUSOFF - 19DPM18F2025
5) YASMIN SURIA BINTI MOHD SHUKRI - 19DPM18F2035

1.1 LATAR BELAKANG SEJARAH AWAL NEGARA
Sejarah Malaysia telah bermula sebelum era Kesultanan Melayu Melaka. Antara kerajaan Melayu Melaka awal di Semenanjung Tanah Melayu ialah :
a) Kerajaan Tun-Sun, Ko-Lo, Pan-Pan di Segenting Kra
b) Kerajaan Langkasuka di Patani
c) Kerajaan Chih-Tu di Kelantan
d) Kerajaan Tan-Tan di Terengganu
e) Kerajaan Lo-Yueh di Johor
f) Kerajaan Kedah Tua di Kedah
g) Kerajaan Gangga Negara di Perak
1.1.1 KESULTANAN MELAYU MELAKA
➧ Sumber bertulis Sejarah Melayu ialah Sulatus Salatin dikenali sebagai Sejarah Melayu
atau Hikayat Melayu (dalam Mardiana Nordin, 2014)
➧ Kerajaan yang berasaskan pemerintahan Kerajaan Sriwijaya
➧ Menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa dan pusat penyebaran
agama Islam
➧ Mewujudkan hubungan persahabatan dengan negara luar
KRONOLOGI PEMBUKAAN MELAKA
➥ Pada tahun 1391, Kerajaan Sriwijaya telah diserang oleh Kerajaan Majapahit
➥ Putera Raja Palembang (Parameswara dan pengikutnya) berundur ke Temasik yang
berada di bawah Kerajaan Siam
➥ Penguasa Temasik (Sang Aji Singapura) telah ditewaskan oleh Parameswara dan beliau
bertakhta di pulau tersebut
➥ Pada tahun 1391, Kerajaan Siam melancarkan serangan balas ke atas Temasik
➥ Parameswara berundur ke Muar
➥ Akhirnya, Parameswara temui perkembangan nelayan di Sungai Bertam dan
PEMERINTAHAN PEMBESAR UTAMA DAN PERANANNYA
Bendahara
- Penasihat Kanan Raja
- Pemangku Raja dan bertindak sebagai Ketua Hakim semasa ketiadaan Raja
- Pemilih dan pelantik Raja
- Mengawal perbendaharaan negara
- Memungut cukai dan hasil negeri
- Menyimpan daftar hamba Raja
- Ketua bagi semua Syahbandar
- Ketua dan pelaksana undang-undang
- Ketua polis negara
- Pendakwa bagi kesalahan individu
- Ketua protokol dan urusan adat istiadat
- Ketua bagi semua pahlawan terutama di laut
- Memikul pedang kerajaan dalam upacara rasmi
- Menjadi diplomat dan membawa utusan kerajaan
HUKUM KANUN MELAKA DAN UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA
Hukum Kanun Melaka
44 fasal yang meliputi :
- Bidang kuasa Raja dan pembesar
- Pantang larang dalam kalangan masyarakat
- Hukuman terhadap pesalah jenayah awam
- Peraturan rasmi di istana
- Adat atau cara menyambut utusan dan undang-undang keluarga
Tatacara pelayaran yang merangkumi :
- Tugas dan tanggungjawab pengawal kapal
- Atur cara pelayaran
- Perniagaan
- Tugas nakhoda kapal
- Hukuman terhadap kesalahan jenayah
FAKTOR-FAKTOR KEJATUHAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
Faktor Dalaman
- Pemerintahan Sultan Mahmud Shah yang lemah akibat rasuah dan fitnah
- Pentadbiran negeri yang tidak cekap dan pilih kasih
- Berlaku permusuhan antara orang Melayu dengan India-Muslim
- Kegiatan perdagangan yang merosot akibat rasuah dan pilih kasih
- Orang Laut tidak membantu Melaka semasa serangan Portugis kerana Bendahara tidak menjaga kebajikan mereka
- Penemuan jalan perdagangan baru iaitu Tanjung Harapan pada tahun 1488 oleh Bartholomew Diaz
- Sikap tidak jujur pedagang asing yang membantu Portugis khasnya pedagang Cina dan India
- Penaklukan Melaka oleh Portugis pada tahun 1511
1.1.2 KERAJAAN MELAYU BAHARU
➯ Terengganu
➯ Kelantan
➯ Selangor
➯ Negeri Sembilan
1.1.3 KEDATANGAN ISLAM DI TANAH MELAYU
Tanah Melayu terletak di Asia Tenggara. Agama Islam dipercayai datang ke Asia Tenggara pada abad ke-7 Masihi, iaitu sejak zaman Rasulullah SAW melalui peranan pedagang Islam yang berdagang di Tanah Melayu.
CONTOH UNDANG-UNDANG DALAM HUKUM KANUN MELAKA DAN UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA
Hukum Kanun Melaka 44 Fasal
- Tanggungjawab raja dan pembesar
- Pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat
- Permasalahan ibadah, ekonomi (muamalah) dan undang-undang keluarga (munakahat)
- Hukuman terhadap kesalahan jenayah mengikut syariat Islam
- Hal yang berkaitan dengan maritim dan perdagangan
- Tugas-tugas nakhoda diumpamakan sebagai imam dan anak buah kapal sebagai makmum
1.1.4 ZAMAN PENJAJAHAN
➼ Potugis → 1511 - 1641 (130 tahun)
➼ Belanda → 1641 - 1824 (183 tahun)
➼ British → 1824 - 1941 (117 tahun)
➼ Jepun → 1941 - 1945 (4 tahun)
➼ British → 1945 - 1957 (12 tahun)
1.2 PROSES KEMERDEKAAN
Kemerdekaan Tanah Melayu tidak diperolah dengan cara yang mudah. Pelbagai peristiwa telah dialami oleh penduduk dan pemimpin di Tanah Melayu dalam usaha untuk menubuhkan kerajaan sendiri dan memperjuangkan kemerdekan Persekutuan Tanah Melayu.
1.2.1 KESATUAN MALAYA DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Antara peristiwa yang dialami oleh penduduk Tanah Melayu dalam mendapatkan kemerdekaan ialah penentangan penduduk terhadap Malayan Union dan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.
KESATUAN MALAYA (MALAYAN UNION)

Ciri-ciri utama Perjanjian Malayan Union adalah seperti berikut :
a) Semua negeri Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka disatukan di bawah satu
kerajaan pusat
b) Singapura kekal sebagai tanah jajahan Mahkota British di bawah seorang Gabenor British
yang berasingan
c) Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor yang berkuasa penuh dalam hal
pentadbiran dan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan
Persekutuan
d) Kedaulatan Raja-raja Melayu dihapuskan. Kuasa hanya pada urusan agama Islam dan
adat resam Melayu. Raja-raja Melayu sebagai penasihat kepada Gabenor
e) Perlembagaan Malayan Union memberikan hak kewarganegaraan yang sama tanpa
mengira bangsa dan keturunan berdasarkan prinsip jus soli
PENENTANGAN ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION
Malayan Union ditentang hebat oleh penduduk Tanah Melayu khasnya orang Melayu. Bantahan terhadap Malayan Union dibuat dalam pelbagai bentuk seperti melalui akhbar-akhbar Melayu, menghantar telegram dan surat bantahan ke London, mengadakan perarakan dan tunjuk perasaan bagi menyuarakan bantahan mereka kepada pihak British.
Dato' Onn bin Jaafar dan wakil 41 buah Pertubuhan Melayu telah menghadiri Kongres Melayu Se-Malaya anjuran Persatuan Melayu Selangor yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada 1-4 Mac 1946. Antara resolusi Kongres ialah :
a) Tindakan segera menolak Malayan Union
b) Menghantar sebuah perwakilan ke London untuk menolak Malayan Union
c) Menubuhkan jawatankuasa bagi merangka Perlembagaan UMNO
d) Mengadakan Derma Kebangsaan Melayu
e) Menggalakkan pelajaran dalam kalangan orang Melayu
FAKTOR-FAKTOR PENENTANGAN ORANG MELAYU TERHADAP PERLEMBAGAAN MALAYAN UNION
a) Raja-raja Melayu hilang kedaulatan
b) Pemberian kerakyatan secara jus soli kepada orang asing akan menyebabkan hak
istimewa orang Melayu terancam, mengurangkan majoriti orang Melayu serta
menjejaskan ekonomi dan politik orang Melayu
c) Penggubalan Malayan Union dibuat di London tanpa pengetahuan dan penglibatan
pemimpin Melayu
d) Sir Harold MacMichael mendapatkan persetujuan dan tandatangan Raja-raja Melayu
terhadap perlembagaan Malayan Union melalui kekerasan, ugutan dan paksaan
1.2.2 PERJUANGAN DAN PROSES KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Pada awalnya, semangat nasionalisme di Tanah Melayu yang timbul dalam kalangan kaum Melayu, Cina dan India adalah disebabkan oleh faktor yang berbeza. Orang Melayu bangkit menentang penjajah untuk memperjuangkan kedudukan orang Melayu dan agama Islam di Tanah melayu. Semangat perjuangan orang Cina dan India di Tanah Melayu lebih tertumpu kepada perjuangan di tanah air masing-masing. Kaum bukan Melayu di Tanah Melayu, iaitu imigran Cina dan India menubuhkan persatuan untuk mengukuhkan ikatan sesama sendiri serta menjaga kebajikan masing-masing. Namun, kegiatan persatuan mereka membawa kepada kegiatan kongsi gelap dan pemogokan. Pada tahun 1889, Kerajaan British memperkenalkan Ordinan Persatuan untuk mengawal kegiatan berpersatuan.
PENGISYTIHARAN DARURAT
Pentadbiran tentera British atau British Military Administration (BMA) ditubuhkan pada 12 Disember 1945 untuk menghentikan aktiviti MPAJA dan memaksa pasukan tentera MPAJA tersebut dibubarkan. Namun, PKM tidak diharamkan. PKM cuba mengukuhkan kedudukannya melalui politik dan bergerak secara terbuka. PKM menyebarkan ideologi mereka ke dalam persatuan sekerja, belia dan penuntut sekolah serta menghasut kesatuan sekerja untuk melancarkan mogok.
PAKATAN MURNI DAN KERJASAMA ANTARA KAUM
UMNO telah menghantar satu memorandum kepada CLC yang berkaitan dengan usaha untuk mempertahankan ketuanan Melayu tetapi ditolak oleh anggota CLC. Sehubungan itu, satu kerjasama dibuat antara UMNO dan anggota CLC sebagai suatu bentuk tolak ansur dalam perundingan tersebut. Beberapa perkara telah dipersetujui, antaranya seperti yang berikut :
a) Syarat kerakyatan Persekutuan dilonggarkan
b) Bantuan ekonomi dan pelajaran kepada orang Melayu
c) Pilihan raya akan diadakan di peringkat perbandaran, negeri dan Majlis Perundangan
Persekutuan pada masa yang sesuai
PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN
Pada 30 Ogos 1957, bendera Union Jack diturunkan di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur (Dataran Merdeka) sebagai tanda berakhirnya pemerintahan British di Tanah Melayu dan buat pertama kalinya bendera Persekutuan Tanah Melayu (dikenali sebagai Jalur Gemilang) dikibarkan. Tanah Melayu telah diisytiharkan merdeka secara rasmi pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
1.3 PEMBENTUKAN MALAYSIA
Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada waktu itu, Singapura masih belum mendapat kemerdekaan daripada British, Sabah dan Sarawak masih kekal sebagai Tanah Jajahan British, manakala Brunei di bawah perlindungan kerajaan British. Usaha penubuhan Malaysia mendapat pelbagai cabaran dan reaksi dari dalam negeri dan luar negara.
1.3.1 IDEA DAN FAKTOR GAGASAN MALAYSIA
Pada tahun 1959, pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura, iaitu Lee Kuan Yew berusaha mendapatkan kemerdekaan bagi Singapura dengan mencadangkan percantuman Singapura dengan Tanah Melayu. Cadangan tersebut ditolak oleh Perdana Menteri Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman kerana bimbang akan wujud masalah sosial disebabkan majoriti penduduk Singapura ialah kaum Cina. Tambahan pula, gabungan Singapura dengan Tanah Melayu akan menjadikan komposisi kaum Cina melebihi orang Melayu serta mengancam kedudukan orang Melayu.
Faktor-faktor Pembentukan Malaysia :
a) Ancaman komunis di Singapura
b) Keseimbangan kaum
c) Kemajuan ekonomi bersama
Persekutuan Tanah Melayu
1.3.3 PROSES-PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA
Pembentukan Malaysia melibatkan beberapa proses, iaitu peringkat Jawatankuasa
Perundingan Perpaduan Malaysia, Penubuhan Suruhanjaya Cobbold dan Jawatankuasa
Antara Kerajaan (JAK).
JAWATANKUASA PERUNDINGAN PERPADUAN MALAYSIA
Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia untuk memperkenalkan konsep Malaysia kepada penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei. Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Donald Stephen dan dianggotai oleh wakil-wakil Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei.
Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia bersetuju menggunakan Perlembagaan Tanah Melayu 1957 sebagai asas pembentukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia juga bersetuju atas perkara-perkara berikut :
a) Kewujudan sebuah kerajaan pusat yang kuat dan pembahagian kuasa antara kerajaan
pusat dan kerajaan negeri
b) Beberapa keistimewaan diperuntukkan kepada Sabah dan Sarawak seperti dalam bidang
imigresen
c) Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan Islam sebagai agama rasmi
PENUBUHAN SURUHANJAYA COBBOLD
Pada 17 Januari 1962, Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan untuk mendapatkan pandangan penduduk Sabah dan Sarawak terhadap idea gagasan Malaysia. Suruhanjaya ini dipengerusikan oleh Lord Cobbold dan dianggotai oleh wakil British, iaitu Sir Anthony Abell dan Sir David Watherson serta dua orang wakil Tanah Melayu, iaitu Mohd Ghazali Shafie dan Wong Pow Nee.
Suruhanjaya Cobbold mengesyorkan beberapa perkara seperti yang berikut :
a) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dijadikan asas kepada Perlembagaan
Persekutuan Malaysia
b) Sabah dan Sarawak diberikan kuasa autonomi dan jaminan khas bagi beberapa perkara
yang tidak boleh dipinda atau dibatalkan tanpa mendapat persetujuan daripada kerajaan
negeri berkenaan
c) Persekutuan yang bakal ditubuhkan dinamakan sebagai "Malaysia" dengan Sabah dan
Sawarak mempunyai ketua negeri yang tersendiri
d) Kuasa imigresen dan agama adalah di bawah kuasa Dewan Undangan Negeri masing-
masing
e) Peraturan kewangan diadakan untuk pembangunan ekonomi Sabah dan Sarawak
JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN (JAK)
Pada Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) atau Lansdowne Committee ditubuhkan untuk merangka Perlembagaan Persekutuan yang baharu. JAK diketuai oleh Lord Lansdowne dan dianggotai oleh Tun Abdul Razak, wakil-wakil kerajaan British serta wakil-wakil negeri Sarawak, Sabah dan Singapura.
1.3.4 PENYINGKIRAN SINGAPURA
Pertikaian politik antara parti Perikatan dengan PAP menyebabkan hubungan Singapura dan kerajaan Persekutuan semakin tegang. Rusuhan kaum, iaitu antara orang Cina dan orang Melayu yang berlaku di Singapura pada Julai 1964 telah menyebabkan pertumpahan darah sekali gus menimbulkan kerisauan kepada Tunku Abdul Rahman. Tunku Abdul Rahman berpendapat adalah lebih baik sekiranya Singapura dikeluarkan daripada Malaysia untuk mengatasi krisis yang timbul demi perpaduan kaum dan kestabilan ekonomi.
FAKTOR UTAMA PEMISAHAN SINGAPURA
➼ Ekonomi dan kewangan
➼ Persaingan politik PAP dan MCA
➼ Masalah perkauman
- Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dan Barisan Sosialis meminta supaya idea pembentukan Malaysia dirundingkan terlebih dahulu bersama penduduk Tanah Melayu
- UMNO bersetuju atas cadangan pembentukan Malaysia tanpa penyertaan Singapura
- PAP di bawah pimpinan Lee Kuan Yew menyokong usaha pembentukan Malaysia kerana bimbang dengan pengaruh parti berhaluan kiri.
- Pada Disember 1961, Majlis Undangan Negeri Singapura meluluskan usul penggubalan ini
- Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) di bawah pimpinan Ong Kee Hui adalah parti yang menolak cadangan penubuhan Malaysia
- Pada 1962, Parti PANAS, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA), Sarawak Chinese Association (SCA) dan Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) bergabung untuk membentuk Parti Perikatan Sarawak dalam dan berusaha menyekat pengaruh SUPP daripada terus menentang penubuhan Malaysia
- Pada September 1961, Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Pasok Momugun, Parti Bersatu dan Parti Demokratik telah bersatu membentuk Parti Perikatan Sabah dan menyokong pembentukan Malaysia
- Parti Perikatan Sabah telah mengemukakan 20 syarat yang dikenali sebagai Perkara 20 dan diterima oleh Sarawak.
- Parti Rakyat Brunei di bawah pimpinan A.M. Azahari menentang keras pembentukan Malaysia kerana berhasrat menggabungkan Sabah, Sarawak dan Brunei serta menubuhkan kerajaan Borneo Utara atau dikenali sebagai Negara Kesultanan Kalimantan Utara (NKKU) dengan Sultan Brunei sebagai ketua negara
- Brunei kekal sebagai tanah jajahan British dan mencapai kemerdekaan pada 1 Januari 1984
- British bersetuju dengan pembentukan Malaysia dan bersetuju memberikan kemerdekaan kepada negara terlibat
- Pembentukan Malaysia dapat mengekang pengaruh komunis
- Pemimpin Indonesia dan Filipina meminta suruhanjaya khas ditubuhkan di bawah seliaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak terhadap gagasan Malaysia. Suruhanjaya tersebut dinamakan sebagai Suruhajaya Cobbold
- Perjanjian damai ditandatangani oleh Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Adam Malik, Menteri Luar Indonesia pada 11 Ogos 1966 dan menamatkan konfrontasi Malaysia secara rasmi
- Filipina menentang pembentukan Malaysia kerana mendakwa Sabah ialah sebahagian daripada wilayah Filipina
- Hubungan Tanah Melayu dan Filipina menjadi keruh
- Filipina mengiktirafkan penubuhan Malaysia pada tahun 1966
1.3.3 PROSES-PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA
Pembentukan Malaysia melibatkan beberapa proses, iaitu peringkat Jawatankuasa
Perundingan Perpaduan Malaysia, Penubuhan Suruhanjaya Cobbold dan Jawatankuasa
Antara Kerajaan (JAK).
JAWATANKUASA PERUNDINGAN PERPADUAN MALAYSIA
Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia untuk memperkenalkan konsep Malaysia kepada penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei. Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Donald Stephen dan dianggotai oleh wakil-wakil Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei.
Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia bersetuju menggunakan Perlembagaan Tanah Melayu 1957 sebagai asas pembentukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia juga bersetuju atas perkara-perkara berikut :
a) Kewujudan sebuah kerajaan pusat yang kuat dan pembahagian kuasa antara kerajaan
pusat dan kerajaan negeri
b) Beberapa keistimewaan diperuntukkan kepada Sabah dan Sarawak seperti dalam bidang
imigresen
c) Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan Islam sebagai agama rasmi
PENUBUHAN SURUHANJAYA COBBOLD
Pada 17 Januari 1962, Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan untuk mendapatkan pandangan penduduk Sabah dan Sarawak terhadap idea gagasan Malaysia. Suruhanjaya ini dipengerusikan oleh Lord Cobbold dan dianggotai oleh wakil British, iaitu Sir Anthony Abell dan Sir David Watherson serta dua orang wakil Tanah Melayu, iaitu Mohd Ghazali Shafie dan Wong Pow Nee.
Suruhanjaya Cobbold mengesyorkan beberapa perkara seperti yang berikut :
a) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dijadikan asas kepada Perlembagaan
Persekutuan Malaysia
b) Sabah dan Sarawak diberikan kuasa autonomi dan jaminan khas bagi beberapa perkara
yang tidak boleh dipinda atau dibatalkan tanpa mendapat persetujuan daripada kerajaan
negeri berkenaan
c) Persekutuan yang bakal ditubuhkan dinamakan sebagai "Malaysia" dengan Sabah dan
Sawarak mempunyai ketua negeri yang tersendiri
d) Kuasa imigresen dan agama adalah di bawah kuasa Dewan Undangan Negeri masing-
masing
e) Peraturan kewangan diadakan untuk pembangunan ekonomi Sabah dan Sarawak
JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN (JAK)
Pada Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) atau Lansdowne Committee ditubuhkan untuk merangka Perlembagaan Persekutuan yang baharu. JAK diketuai oleh Lord Lansdowne dan dianggotai oleh Tun Abdul Razak, wakil-wakil kerajaan British serta wakil-wakil negeri Sarawak, Sabah dan Singapura.
1.3.4 PENYINGKIRAN SINGAPURA
Pertikaian politik antara parti Perikatan dengan PAP menyebabkan hubungan Singapura dan kerajaan Persekutuan semakin tegang. Rusuhan kaum, iaitu antara orang Cina dan orang Melayu yang berlaku di Singapura pada Julai 1964 telah menyebabkan pertumpahan darah sekali gus menimbulkan kerisauan kepada Tunku Abdul Rahman. Tunku Abdul Rahman berpendapat adalah lebih baik sekiranya Singapura dikeluarkan daripada Malaysia untuk mengatasi krisis yang timbul demi perpaduan kaum dan kestabilan ekonomi.
FAKTOR UTAMA PEMISAHAN SINGAPURA
➼ Ekonomi dan kewangan
➼ Persaingan politik PAP dan MCA
➼ Masalah perkauman
Rujukan : Dari sumber buku teks
Dari segi penggunaan bahasa semua baik dan tahap kesampaian point kau pun sangat jelas
BalasPadamTerima kasih atas komen yang baik.
PadamEjaan Dan format perlu ditambah baik
BalasPadamRujukan perlu dimasukkan
Info yang terbaik....
BalasPadamDone click��
BalasPadamThanks 💜
PadamNice blog lebih kan reka bentuk yg cantik pada blog awak dan kurang kan perkataan banyakan gambar,sbb org sekarang lebih suka tengok gambar dari baca dan jangan buat mcm blog lama kalau blh buat yg blog baru sikit
BalasPadamThanks for your comment . After next I will change my blogger .
PadamWc,saya tahu blog semua sbb saya belajar kat kolej saya
Padamterbaik blog ni..
BalasPadamnicceee
BalasPadamGood job anak muda
BalasPadamGood job anak muda
BalasPadamTerima kasih atas komen yang diberikan 😊
BalasPadamDpt refresh balik.. good job
BalasPadam